Gambar hiasan

SRI LANKA – Sri Lanka merekodkan kematian sebanyak 361 ekor gajah pada tahun lalu, menurut kumpulan alam sekitar.

Ia merupakan kematian tertinggi yang dilaporkan sejak Sri Lanka mencapai kemerdekaan pada tahun 1948.

Kebanyakan kematian gajah disebabkan perbuatan manusia.

Dianggarkan sebanyak 7.500 ekor gajah liar di Sri Lanka.

Perbuatan membunuh gajah adalah haram tetapi haiwan itu kerap menimbulkan konflik kepada komuniti luar bandar.

Gajah adalah haiwan yang dihormati di Sri Lanka tetapi sesetengah petani menganggapnya sebagai perosak.

Sajeewa Chamikara, seorang ahli alam sekitar dari Pergerakan Tanah dan Pembaharuan Pertanian, memberitahu kira-kira 85% daripada kematian gajah pada tahun lalu mungkin disebabkan oleh aktiviti manusia.

Beliau berkata, penduduk menggunakan pagar elektrik, racun dan bahan letupan yang disembunyikan sebagai makanan untuk membunuh haiwan itu.

Pada bulan September, pihaknya percaya tujuh gajah yang dijumpai mati dalam di pusat perlindungan haiwan telah diracun penduduk setempat kerana ia telah memusnahkan tanaman.

Chamikara berkata, kerajaan perlu melakukan lebih banyak pendekatan untuk melindungi haiwan itu termasuk memperbaiki kualiti kawasan perlindungan gajah.

“Pelan pembangunan kita tidak mesra alam sekitar dan kita memerlukan pelan mampan pembangunan,” katanya.

Kereta api juga bertanggungjawab membunuh gajah liar semasa penghijrahan haiwan tersebut, selain kematian akibat punca semula jadi. – MalaysiaGazette