Amirudin Shari

KLANG – Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang ditahan atas kesalahan dadah dalam satu operasi awal pagi semalam akan ditentukan jika dakwaan tersebut benar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan itu akan dibuat sebaik sahaja laporan lengkap diterima.

Malah, beliau akan mendapat pengesahan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia sendiri.

Tegas Amirudin, tiada siapa yang melebihi daripada undang-undang di negara ini.

Polis dijadual akan membuat sidang media berhubung penahanan seorang ADUN Selangor itu petang ini.

Sebelum ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Selangor mengesahkan ada ADUN daripada parti sebut ditahan.

Bagaimanapun, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut sehingga mendapat laporan penuh daripada siasatan polis.

Ketua Pemuda Bersatu Selangor, yang juga ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah disebut-sebut sebagai individu yang ditahan dalam operasi berkenaan telah menafikan dakwaan yang tular di laman sosial.- MalaysiaGazette