HULU SELANGOR – Mana-mana bekas pemimpin UMNO yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh mengambil bahagian dalam perebutan jawatan pada Pemilihan Bersatu, kali ini.

Bagaimanapun, menurut Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya bekas pemimpin UMNO yang bersih daripada sebarang kes rasuah sahaja diberikan pengecualian untuk mengemukakan nama mereka.

“Secara umumnya mereka (bekas ahli dan pemimpin UMNO) tidak dibenarkan (bertanding), tapi berdasarkan kepada beberapa kes, kita akan benarkan (mereka bertanding).