Sebuah bas terjatuh dalam lubang jalan raya yang tiba-tiba runtuh di China. foto Agensi

BEIJING – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 16 lagi cedera apabila laluan di jalan raya secara tiba-tiba runtuh dan ‘menelan’ sebuah bas dan beberapa orang pejalan kaki.

Kejadian itu berlaku di luar sebuah hospital di Xining, di wilayah Qinghai.

Rakaman kamera litar tertutup kedengaran letupan berlaku sejurus selepas bas dan pejalan kaki terjatuh ke dalam lubang.

Orang ramai yang sedang menunggu di perhentian bas berkeliaran lari menyelamatkan diri selepas bahagian jalan raya tersebut mula runtuh.

Sekumpulan orang cuba menyelamatkan para penumpang bas tetapi sukar apabila saiz runtuhan semakin membesar.

Menurut laporan media, lubang jalan raya itu membesar sehingga hampir 10 meter dalam ukuran diameter.

Jumlah sebenar penumpang di dalam bas berkenaan tidak diketahui.

Kes jalan berlubang di China sering didakwa disebabkan kerja-kerja pembinaan dan pembangunan yang pesat di negara ini.

Pada tahun 2018, empat orang terbunuh apabila kaki lima di sebuah Dazhou tiba-tiba runtuh.

Tragedi sama berlaku pada tahun 2013 dengan lima kematian di kawasan industri Shenzhen. – MalaysiaGazette