Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (kiri) dan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran (dua kanan) menyerahkan bantuan kepada penerima, Parami Narasiman (kanan) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Kebakaran Pasar Sentul di Menara DBKL, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 14 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan akan mendirikan Pasar Sentul yang baharu dengan kemudahan parkir bertingkat yang dijangka bermula tahun ini.

Khalid Samad berkata, pembinaan akan memakan belanja RM30 juta dengan kemudahan infrastruktur yang lain bakal disediakan.

Pada masa yang sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga bakal membina tapak pasar transit bagi semua peniaga sementara pembinaan pasar baharu dijalankan.

“kita akan mulakan pembinaan baru, jadi dalam setahun setengah semuanya dalam proses. Dengan parking bertingkat.

“Kalau nak buat pembinaan pasar baru memang melibatkan fasa besar dalam proses . Fasal nak buat yang baru makan masa kita dirikan yang segera dulu, pasar ini memang kita nak upgrade sebab sudah lama.

“Bergantung dengan pemaju kalau boleh tahun ini transit,”katanya ketika sidang media hari ini.

Khalid terdahulu hadir dalam Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Mangsa Kebakaran Pasar Sentul di Menara DBKL.

Bagi membantu peniaga yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku pada 31 Disember tahun lalu, DBKL juga akan 16 membina 16 tapak gerai yang dijangka akan siap dalam tempoh 3 bulan ini selain sumbangan RM1,500 kepada 19 mangsa yang terlibat seagai bantuan segera.

Katanya, dianggarkan RM250,000 akan dibelanjakan bagi membina semula sebanyak 16 gerai yang terbakar.

“Tapak bersaiz 10×10 kaki ijangka siap dibina pada Aprl 2020. Penjaja terlibat telah bersetuju untuk tidak menjalankan perniagaan selama tempoh pembangunan semula dilakukan, bagi yang ingin berniaga boleh memberi cadangan kepada DBKL untuk tapak sementara mereka,” tambahnya.-MalaysiaGazette