Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya mengembalikan bekalan elektrik sepenuhnya di Segamat hari ini.

Ia berikutan usaha tanpa henti membaik pulih bekalan di kawasan berkenaan yang terjejas akibat Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Siput terpelantik pada jam 5:35 petang semalam.

“Pasukan teknikal kami telah bertungkus lumus sejak semalam dan bekalan elektrik pulih sepenuhnya jam 12.30 tengah hari tadi.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul. Kami juga menghargai kesabaran pengguna di sekitar Segamat yang terlibat dengan gangguan bekalan ini,” kata Ketua (Operasi) Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood dalam satu kenyataan hari ini.

Bekalan dipulihkan secara berperingkat kepada 19,000 pelanggan yang terjejas sejak jam 8:15 malam semalam dengan sejumlah 85 janakuasa bergerak ditelah digunakan untuk suap balik.

Untuk maklumat lanjut, pengguna yang terlibat dinasihatkan untuk menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan TNB di talian TNB CareLine 15454 atau melalui Facebook TNB CareLine.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast