Pesawat Delta Airlines mendarat kecemasan di Lapangan Terbang Los Angeles selepas mengalami masalah enjin. foto Agensi

CALIFORNIA – Sebuah pesawat melepaskan minyak di taman permainan sebuah sekolah semasa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak dan beberapa orang didewasa diberikan rawatan kerana masalah pernafasan dan gatal-gatal kulit.

Bahan api boleh dibuang semasa pendaratan kecemasan, tetapi hanya di kawasan yang ditetapkan dan pada ketinggian yang tinggi seperti peraturan yang ditetapkan oleh industri penerbangan.

Penerbangan Delta Airlines kembali ke lapangan terbang kerana masalah enjin.

Semua kecederaan yang dialami oleh murid-murid di Park Elementary School di Cudahy, kira-kira 16 batu (26km) di timur lapangan terbang dikatakan kecil.

Menurut Los Angeles Times, murid-murid di dua kelas berada di luar ketika kejadian itu berlaku.

Delta Airlines mengesahkan dalam kenyataan bahawa pesawat penumpang itu telah mengeluarkan bahan api untuk mengurangkan berat semasa pendaratannya.

Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan akan menyiasat insiden itu kerana ada prosedur khas pelepasan bahan api bagi pesawat yang terbang di dan luar lapangan terbang utama Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette