TERKINI : ‘LTTE’ S. Chandru Mengaku Tidak Bersalah dan Pesan Kepada Kerajaan Cukuplah Main Politik!

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

S. Chandru, 38, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Datuk Aslam Zainuddin.

Bagi pertuduhan pertama, Chandru didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, Melaka pada 8.30 malam hingga 10.50 malam, 28 Nov 2018.

Beliau juga dituduh memberi sokongan kepada kumpulan berkenaan dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama “Chandru Suparmaniam” dan didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Penyiasat, Bahagian E8 (M), Cawangan Khas, Bukit Aman di sini, pada pukul 9 pagi, 11 Okt 2019.

Bagi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas, beliau didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.