GENEVA (Reuters) – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan virus baharu yang ditemui di China, coronavirus mungkin boleh dipindahkan dalam kalangan ahli keluarga dan ia boleh menyebabkan penyebaran wabak yang lebih luas.

Coronavirus adalah satu keluarga virus yang besar yang boleh menyebabkan jangkitan daripada demam selsema biasa kepada SARS.

Seorang wanita warganegara China telah dikuarantin di Thailand akibat coronavirus dan ia merupakan kali pertama virus tersebut dikesan di luar China.

Setakat ini terdapat 41 kes pneumonia telah dilaporkan di Wuhan, China yang mana ujian makmal awal mendapati terdapat kemungkinan satu virus baharu dari jenis coronavirus wujud. Salah seorang daripada mangsa telah meninggal dunia.

“Daripada maklumat yang kami ada, terdapat kemungkinan transmisi manusia ke manusia secara terhad terutamanya dalam kalangan ahli keluarga.

“Tetapi apa yang paling jelas ketika ini, kami dapati tiada transmisi berterusan dari manusia ke manusia,” kata Pemangku Ketua Unit Penyakit WHO, Maria Van Kerkhove.

WHO bagaimanapun tetap bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya berlaku penyebaran wabak secara meluas, katanya dalam satu taklimat media di Geneva.

“Masih terlalu awal dan kami tidak mempunyai maklumat paling tepat ketika ini,” katanya.

Beberapa jenis virus boleh menyebabkan penyakit yang kurang serius namun begi terdapat virus yang boleh menyebabkan MERS.

Agensi PBB telah mengeluarkan garis panduan kepada hospital di seluruh dunia mengenai kaedah pencegahan dan kawalan sekiranya virus tersebut merebak.

Tiada rawatan khusus bagi virus baharu tersebut tetapi ubat anti-virus boleh diberi pertimbangan dan mungkin boleh digunakan, kata Van Kerkhove.

Ramai pelancong China dijangka melawat Thailand semasa sambutan Tahun Baharu China yang akan diraikan pada 25 Januari ini, WHO meminta pihak berkuasa Thai, orang ramai dan pelancong untuk sentiasa berwaspada.

Wakil WHO di Thailand, Richard Brow berkata, barang siapa yang pernah mengunjungi Wuhan dan mengalami demam dan batuk perlu segera membuat pemeriksaan kesihatan.- Agensi

 

1 Komen

  1. Kerajaan hancing kena lebih serius dalam menangani maalah pelancung2 cina yang membawa virus, bakteria dan penyakit ini.

    Jangan la dok promot sangat pelancungan kat depa ni, warga2 cina ni, takut2 nanti jadi wabak epidemic pula nanti, tak terkawal. Harga vaksin pula bukan murah? Dedak RM30 tak cukup nak bayar harga vaksin!

Comments are closed.