Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan Ahmad Redzuan telah digantung dalam jawatan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berkuatkuasa serta-merta.

Adhif juga adalah Ketua Armada Selangor dan Ahmad pula Penolong Setiausaha Armada.

Ketua Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul berkata, penggantungan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Armada Nasional diadakan sehingga siasatan dimuktamadkan.

Artikel berkaitan:ADUN, 4 pegawai khas politik positif dadah ditahan?

Tindakan sama turut membabitkan pegawai Kementerian Belia dan Sukan yang turut ditahan dalam operasi polis itu.

“Saya akan sentiasa menghormati prinsip Rule of Law. Jika mana-mana individu terlibat dengan salah laku, laporlah kepada pihak berkuasa kerana semua tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira jawatan dan status. Termasuklah saya,” tegasnya dalam kenyataan di sini.

Beliau percaya keputusan itu adalah selari dengan agenda politik khidmat Armada dan adil kepada rakyat dan semua yang terlibat. – MalaysiaGazette

.

2 Komen

Comments are closed.