NEW DELHI – India merancang untuk mengurangkan beberapa import dari Turki dan memperluasnya kepada minyak kelapa sawit dari Malaysia, minyak dan gas dan produk-produk lain.

Turki dan Malaysia menjadi sasaran India susulan kritikan terhadap dasar India ke atas Kashmir.

India merupakan pembeli minyak masak terbesar di dunia, telah berhenti mengimport minyak sawit dari Malaysia dengan meminta pengimport India untuk mencari tempat lain.

New Delhi kini sedang merancang untuk menyekat pembelian minyak mentah, jongkong aluminium, gas asli cecair, bahagian komputer dan mikroprosesor dari Malaysia, menurut sumber kerajaan kepada Reuters.

India juga merancang mengurangkan import minyak dan produk keluli dari Turki.

“Kerajaan kami kurang senang dengan kenyataan Malaysia dan Turki dan akan menyekat perdagangan daripada kedua-dua negara,” katanya.

Majoriti Muslim di Kashmir telah dituntut oleh India dan Pakistan dan diperintah sebahagiannya oleh kedua-duanya.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata, majoriti Hindu India “menyerang dan menduduki negara” Jammu dan Kashmir dan Turki Tayyip Erdogan mengatakan Kashmir “hampir di bawah sekatan”.

Kerajaan India menarik balik autonomi Kashmir tahun lalu untuk mengetatkan penguasaannya di rantau ini, menutup akses Internet dan menahan aktivis dan ahli politik.

Mahkamah Agung India minggu lalu memutuskan penutupan Internet di Kashmir adalah menyalahi undang-undang.

Ketegangan antara India dan Malaysia, pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia, semakin meningkat selepas Dr Mahathir mengkritik undang-undang kewarganegaraan baru India yang disifatkan satu diskriminasi terhadap umat Islam.

Sementara itu, Turki memihak kepada Pakistan mengenai isu-isu seperti keanggotaan Kumpulan Pembekal Nuklear, yang menyelia eksport barangan yang boleh digunakan untuk pembuatan senjata nuklear.

Turki juga menentang penyenaraian hitam Pakistan oleh pengawas kewangan dunia, Pasukan Petugas Tindakan Kewangan, untuk membendung pembiayaan yang dikatakan keganasan, sesuatu yang dilobi India.

Data perdagangan India menunjukkan bahawa keseluruhan import dari kedua-dua Malaysia dan Turki telah pun terjejas tahun lepas. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.