Lim Guan Eng

PETALING JAYA – “Tunggu pengumuman itu hari ini”.

Itu komen pendek Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi ketika ditanya mengenai keputusan Kabinet berhubung pengambilalihan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS).

Semalam, Guan Eng memaklumkan mesyuarat Kabinet ada membincangkan mengenai cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya yang dikuasai PLUS.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan butiran terperinci mengenai perkara tersebut.

“Perkara mengenai tol PLUS ada dibincangkan tetapi biarlah perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan bertulis,” katanya semalam.

Bagaimanapun, sebuah media berbahasa Inggeris yang memetik sumber berkata, Kabinet telah mengambil keputusan untuk tidak melepaskan PLUS daripada pemegang kepentingannya iaitu Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Tetapi, kadar tol akan dikurangkan bagi memberi faedah kepada rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast