KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pelantikan Hafizuddin Sulaiman bagi mengetuai bahagian Perbendaharaan yang baru diwujudkan.

Beliau bertanggungjawab ke atas pengurusan modal dan kecairan bagi keseluruhan perniagaan, termasuk penjanaan dana dan pengurusan liabiliti.

Bahagian Perbendaharaan ini diwujudkan selari dengan strategi kepelbagaian portfolio PNB, termasuk usaha untuk meningkatkan pendedahan pelaburan global.

Hafizuddin memiliki pengalaman luas dalam penjanaan dana dan pelaporan kewangan semasa berkhidmat di Khazanah Nasional Berhad dan Ernst & Young.

Dalam kenyataan di sini, PNB turut mengumumkan barisan kepimpinannya yang diterajui 16 pengurusan kanan yang masing-masing.

Mereka ialah:

1. Jalil Rasheed, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan
2. Dato’ Mohd Nizam Zainordin, Timbalan Presiden & Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan
3. Hanizan Hood, Ketua Pegawai Pelaburan, Pasaran Awam
4. Rick Ramli, Ketua Pegawai Pelaburan, Hartanah
5. Mohammad Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, ASNB
6. Mohamad Idros Mosin, Ketua Pelaburan Strategik Kumpulan
7. Mohd Irwan Ahmad Mustafa @ Mustafa, Ketua Pasaran Persendirian Kumpulan
8. Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee, Ketua Pegawai Strategi
9. Hafizuddin Sulaiman, Ketua Perbendaharaan Kumpulan
10. Adibah Khairiah Ismail @ Daud, Ketua Setiausaha Syarikat & Undang-Undang Kumpulan
11. Aziz Anuar, Ketua Hal Ehwal Awam Kumpulan
12. Muzzaffar Othman, Ketua Pegawai Teknologi
13. Aida Md Daud, Ketua Modal Insan Kumpulan
14. Suzana Ahmad, Ketua Pegawai Risiko
15. airuz Suzana Kamaruddin, Ketua Pematuhan & Integriti Kumpulan
16. Noramly Bachok @ Abdul Aziz, Ketua, Asurans Dalaman
17. Dr. Ahmad Basri Ibrahim, Ketua, Pengurusan Syariah

PNB turut mengumumkan persaraan Timbalan Presiden, Pelaburan Strategik, Datin Paduka Kartini Abdul Manaf berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Sepanjang tempoh perkhidmatan di PNB, beliau telah memegang pelbagai jawatan dan terlibat dalam bidang-bidang berkaitan pengurusan pelaburan dan kewangan korporat, penggabungan dan pengambilalihan, penstrukturan korporat, pelaburan hartanah serta pembangunan perniagaan.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, Kartini telah lama berkhidmat dan turut memacu pelaksanaan banyak usaha penggabungan dan pengambilalihan utama di PNB.

Beliau telah memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan kukuh bersama syarikat-syarikat pelaburan PNB.
“Bagi pihak Lembaga Pengarah dan keluarga PNB, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datin Paduka Kartini atas sumbangan berharga beliau kepada Kumpulan PNB. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan akan terus bekerjasama dengan beliau sebagai Pengarah Nomini PNB di beberapa syarikat pelaburan kami,” katanya. – MalaysiaGazette