PETALING JAYA – “Tunggu pengumuman itu hari ini”.

Itu komen pendek Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi ketika ditanya mengenai keputusan Kabinet berhubung pengambilalihan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS).

Semalam, Guan Eng memaklumkan mesyuarat Kabinet ada membincangkan mengenai cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya yang dikuasai PLUS.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan butiran terperinci mengenai perkara tersebut.

“Perkara mengenai tol PLUS ada dibincangkan tetapi biarlah perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan bertulis,” katanya semalam.