Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bahawa Pas Sementara Sabah (PSS) tidak disebut dalam laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PTI) di Sabah.

Beliau berkata, sebagai pengerusi jawatankuasa induk ketika itu, tiada satu cadangan pun daripada RCI, apatah lagi jawatankuasa induk dan jawatankuasa teknikal mengenai pengwujudan PSS.