Bangunan Kementerian Belia dan Sukan. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Tiada penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung tatacara perolehan bekalan dan perkhidmatan di Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut kementerian itu, pihaknya sentiasa terbuka dan menyerahkan urusan siasatan dijalankan Suruhanjya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) atau pihak berkuasa lain.

“Proses pemilihan syarikat dalam urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan di kementerian ini dilaksnakan mengikut tatacara perolehan bekalan dan perkhidmatan sejajar dengan Arahan Perbendaharaan yang dikuatkuasakan Kementerian kewangan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Kementerian Belia dan Sukan di bawah kerajaan baharu menafikan bahawa ia berurusan dengan GK Sports and Recreation Sdn Bhd.

Menurutnya, tiada kontrak diberikan kepada syarikat tersebut.

Sebelum ini, kementerian itu didakwa memberi kontrak kepada Gk Sports and Recreations yang dikaitkan dengan salah seorang daripada 17 orang yang ditahan semasa serbuan anti-narkotik pada Ahad lalu. – Malaysiagazette

 

1 Komen

Comments are closed.