KUALA LUMPUR – Keputusan Panel Aduan Meja Bulat Kelestarian Minyak Sawit menggantung semula Kompleks Serting serta menangguhkan proses pemberian sijil baharu kepada 23 lagi kompleks milik FGV Holdings Bhd. (FGV) tidak akan memberi kesan material kepada syarikat.

Syarikat peladangan sawit terbesar di Malaysia itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, FGV akan terus bekerja keras untuk mengamalkan amalan baik dan lestari.

Tambahnya, FGV masih mempunyai 33 lagi kilang yang telah mendapat persijilan sebelum ini.

Bagaimanapun, FGV akan tetap mengemukakan rayuan kepada panel berkenaan di samping memaklumkan perkembangan terkini serta pelan tindakan yang telah diambil berhubung perkara tersebut.- MalaysiaGazette