Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini mempertahankan keputusan mengekalkan PLUS di bawah Khazanah dan KWSP.

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia satu-satu cara untuk menangani masalah yang berlaku.

Menurutnya, kabinet membuat keputusan selepas meneliti semua permohonan yang diberi oleh pembida.

“Bukan saya yang buat keputusan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di Yayasan Al-Bukhary hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir juga telah melihat permohonan dari Pengerusi Maju Holdings, Datuk Abu Sahid Mohamed.

“Kami (kabinet) kaji semua permohonan yang dihantar berlainan pembida,” ujarnya lagi.

Keputusan terbaik adalah mengekalkan PLUS dengan pemilik sedia ada (Khazanah dan KWSP), katanya.

Sebelum itu, difahamkan, Abu Sahid mengkritik keputusan kerajaan mengekalkan PLUS bersama Khazanah dan KWSP. – MalaysiaGazette