Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Softbank Masayoshi Son.

JAKARTA- Softbank Group Corp menawarkan untuk melabur sebanyak AS$30 bilion sehingga AS$40 bilion dalam projek pembangunan ibu negara baharu Indonesia, kata seorang ahli kabinet kanan Presiden Joko Widodo hari ini.

Menurut Menteri Kordinator Hubungan Laut dan Pelaburan, Luhit Pandjaitan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Softbank, Masayoshi Son telah bertemu Jokowi di Jakarta minggu lepas dan menzahirkan hasrat mereka untuk turut serta dalam projek berkenaan.

Sebelum ini, Masayoshi telah pun dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang memantau pembinaan kota terbaharu itu.

“Saya akan bertemu Masayoshi di Davos dan kemudiannya di Tokyo.

“Presiden akan membuat keputusan mengenai perkara tersebut pada Februari,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Saiz pelaburan yang dicadangkan oleh syarikat Jepun itu telah menimbulkan tanda tanya kerana Indonesia menganggarkan kos keseluruhan pembangunan ibu negara baharu itu adalah sekitar AS$34 bilion sahaja.

Tambah Pandjaitan, pelabur-pelabur dari China, Asia Barat dan Amerika Syarikat turut menunjukkan minat terhadap pembangunan kota terbaharu itu.- Bloomberg

ARTIKEL BERKAITAN:

Ibu negara baharu…Jokowi masuk gear lima!