Asyraf Wajdi Dusuki

BEAUFORT – Salam 5-0, jangan sombong, jangan angkuh. Kena terus musabah diri, lakukan koreksi diri untuk lonjakan yang lebih baik, InsyaAllah.

Itu pesanan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika diminta mengulas kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P176 Kimanis.

Katanya, kemenangan BN menunjukkan gelombang anak muda di Sabah di mana BN menang di semua saluran orang muda dan ia adalah perkembangan yang amat memberangsangkan.

“Kemenangan ini juga menunjukkan kita mempunyai pemimpin muda yang berwibawa, berintegriti, fresh yang akan menjadi wadah perjuangan UMNO, bukan untuk pemimpin parti tetapi untuk rakyat,” katanya kepada MalaysiaGazette di pusat pejumlahan undi bagi PRK Parlimen Kimanis di sini.

Mengulas lanjut, Asyraf  turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional serta semua komponen dan bekas komponen dalam membantu kemenangan BN untuk kali kelima selepas Cameron Highlands, Rantau, Semenyih dan Tanjung Piai.

Katanya, peranan Pas menerusi agenda muafakat nasional juga amat penting dalam menyumbang kepada kemenangan BN di Kimanis. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.