Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan buah limau kepada pengunjung pasar sempena Tahun Baru Cina di Pasar Pekan Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 19 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Kekalahan oleh parti Warisan di Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kimanis, Sabah semalam dianggap tidak membawa impak yang besar namun kerajaan pusat dan negeri perlu terus bekerja lebih keras bagi memberikan keyakinan kepada penduduk dikhasnya di kawasan luar bandar.

Itu luahan Menteri Hal Ehwal Eknomi merangkap Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kemenangan Barisan Nasional (BN) sekali lagi di Kimanis semalam dengan mengalahkan calon Warisan dengan majoriti lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Bagi saya, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama-sama pasukannya telah bekerja keras selama hampir 20 bulan yang lalu. Namun kerana isu legasi ini begitu besar, mereka juga perlukan masa untuk yakinkan pengundi rakyat Sabah bahawa masa depan kini terletak pada pimpinan Warisan hari ini.

“Kita juga lihat sokongan di Kimanis tidak banyak berubah daripada apa yang berlaku pada PRU lepas. Calon yang sama mewakili Warisan mendapat undi hampir sama sahaja. Jadi sebenarnya tidak timbul isu kemerosotan undi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pasar Pagi Pekan Ampang selepas menyerahkan buah mandarin sempena Tahun Baharu Cina bersama-sama Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaitkan kekalahan PH pada PRK Parlimen Kimanis mungkin disebabkan kebaikan PH belum dirasai oleh penduduk di Sabah.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin selepas membuat edaran buah limau sempena Tahun Baru Cina di Pasar Pekan Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 19 JANUARI 2020

Mohamed Azmin mengulas kemenangan calon BN, Datuk Mohamad Alamin yang menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi, manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) meraih 10,677 undi.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Jelas Mohamed Azmin lagi, pihaknya memerlukan masa yang lebih panjang lagi bagi meyakinkan pengundi khasnya di luar bandar usaha-usaha sedang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk merapatkan jurang bandar serta luar bandar ketika ini.

“Usaha akan terus dilakukan bersama-sama kerajaan negeri Warisan dengan kerajaan Persekutuan kelak,” tegasnya.

Pengundi mungkin belum rasai kebaikan pemerintahan PH – Dr Mahathir

Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menganggap kekalahan Warisan pada PRK Parlimen Kimanis mungkin disebabkan pengundi di kawasan itu belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan PH.

Beliau bagaimanapun yakin lambat laun rakyat di negeri itu umumnya, akan memahami dan merasai bahawa pemerintahan kerajaan hari ini adalah lebih baik berbanding kerajaan terdahulu. –MalaysiaGazette

Kimanis catat kemenangan kelima Barisan Nasional, majoriti 2,029 undi

2 Komen

  1. Nikamtilah kuasa dan kenikmatan sementara yg Allah bagi ni. Bekerja lah dengan lebih gigih demi keluarga dan poket anda.

    P/s Definisi bekerja keras bagi pemimpin PH berbeza dengan definisi rakyat

    • Manifesto Kutty tolol semburit, ambil dadah, cari mangsa rogol dan rogol sepuas puas semua nya di halal kan,

Comments are closed.