KUALA LUMPUR – Pemain industri pelancongan tempatan, Apple Vacation dan Lee Apple Boutiqe Hotel mengadakan kerjasama dengan syarikat Jepun, Kabuk Style Co untuk mewujudkan ruang bekerja dan tempat penginapan dengan harga tetap di dalam negara.

Kerjasama dijalinkan 1 Januari lalu itu diharap dapat meningkatkan penggunaan ruang bekerja dan tempat penginapan di Malaysia dalam masa yang sama memberi faedah kepada sektor ekonomi Malaysia dan Jepun.

Kabuk yang mengendalikan HafH, perkhidmatan penginapan harga tetap all-you-can-stay telah mengembangkan perniagaan mereka ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Buat masa ini, Hafh sendiri telah berjaya mengendalikan perkhidmatan tersebut di beberapa bandar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Melalui kerjasama berkenaan, KabuK menyasarkan untuk mereka terus berkembang ke Asia dan seluruh dunia. -MalaysiaGazette