MANILA – Perkhidmatan sewa motosikal e-hailing, atau teksi motosikal, tidak lagi dibenarkan beroperasi bermula minggu depan, kata Ahli Lembaga Francais dan Kawal Selia Pengangkutan Darat, Antonio Gardiola Jr.

Tindakan itu diambil selepas kumpulan kerja teknikal yang melakukan kajian memutuskan untuk mencadangkan penamatan perkhidmatan itu tanpa membuat sebarang kesimpulan.

“Mereka adalah tidak sah,” kata Gardiola kepada pemberita sebelum perbicaraan oleh jawatankuasa Senat mengenai perkhidmatan awam.

Gardiola berkata, pertimbangan untuk mengharamkan semua aplikasi hailing motosikal beroda tiga – Angkas, Joyride dan Move It – juga akan dikuatkuasakan pada minggu depan, lapor philstar.

Beliau berkata, penamatan kajian itu hanya dilihat dalam aspek kajian keselamatan dan penunggang yang berpotensi kehilangan pendapatan bukannya merupakan sebahagian daripada  pertimbangan kajian terbabit.

Beliau berkata, kumpulan kerja teknikal asal telah mencadangkan agar ujian percubaan teksi motosikal itu dilanjutkan, sepatutnya dilanjutkan sehigga 23 Mac, kerana mereka tidak mempunyai data yang mencukupi untuk menilai cadangan kaedah baharu keselamatan pengangkutan darat.

“Asas kami adalah daripada laporan Angkas bahawa kumpulan kerja teknikal tidak mempunyai data untuk membalasnya,” katanya sambil menambah kumpulan itu memutuskan untuk menamatkan kajian kerana ‘kami tidak boleh bergerak akibat rintangan perundangan’.

Beliau berkata, kumpulan kerja teknikal tidak membuat sebarang kesimpulan sama ada teksi motosikal adalah selamat. – Agensi