LANGKAWI – Kerajaan tidak ada masalah untuk memberi bantuan sokongan melalui pinjaman kepada negeri-negeri miskin untuk membangunkan teknologi keupayaan 5G bagi faedah bersama.

Perdana Menteri berkata, pembangunan itu boleh dibiayai dengan bantuan yang kecil untuk teknologi 5G menyokong segala usaha yang dijalankan.

“Sebenarnya semua perkara dimulakan secara kecil-kecilan sebelum ia berkembang.

“Di Malaysia sekarang kita mahu pengagihan kekayaan dibuat secara sama rata supaya tidak ada perbezaan ketara pendapatan antara bandar dengan negara,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas menyaksikan demonstrasi projek 5G di Ibu Pejabat Daerah Langkawi di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bagaimana teknologi 5G boleh dimanfaat kepada negeri-negeri kaya seperti Kedah.

Sehubungan itu, katanya, negeri-negeri yang kaya perlu membantu negeri-negeri yang miskin dan mana-mana kaum yang tidak mampu meraih kelebihan daripada teknologi 5G perlu diberi sokongan.

1 Komen

  1. Teknologi 4G gagal……. 5G pulak.
    Yg hampa tau dok prabih duit pembayak cukai.
    Kalau tak tau mentadbir.. Jangan jadi penyadbir

Comments are closed.