PLUS Malaysia Bhd.

KUALA LUMPUR- PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) sedang memuktamadkan mekanisme pengurangan kadar tol di kesemua lebuh raya kendaliannya.

Ini susulan keputusan kerajaan untuk mengekalkan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selaku pemilik syarikat pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia itu, baru-baru ini dengan memanjangkan tempoh konsesi selama 20 tahun lagi dan menurunkan kadar tol sebanyak 18 peratus bermula 1 Februari ini.

Khazanah menerusi anak syarikatnya, UEM Group Bhd. memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS manakala baki 49 peratus lagi dimiliki oleh KWSP.

PLUS mengendalikan Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).- MalaysiaGazette