Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak didagang lebih rendah hari ini, meneruskan penurunan pada sesi sebelumnya kerana para pelabur tidak kisah dengan penutupan pengeluaran minyak mentah di Libya kerana bekalan banyak di tempat lain.

Minyak mentah Brent turun AS$0.13 atau 0.2%, kepada AS$ 64.46 setong pada 0119 GMT, selepas turun 0.3% pada hari Selasa.

Minyak Amerika Syarikat juga susut AS$0.16 kepada AS$ 58.22 setong, setelah turun sebanyak 0.3% sehari sebelumnya

National Oil Corporation mengisytiharkan berlaku masalah mendapatkan minyak daripada dua medan minyak utama selepas berlaku konflik ketenteraan hingga memaksa penutupan kemudahan minyak di timur dan selatan negara itu.

“Peserta pasaran tidak ambil peduli kerana percaya masalah ini adalah gangguan sementara,” kata Helima Croft, Ketua Strategi Komoditi Global di RBC Capital Markets.

Walau bagaimanapun, Croft memberi amaran bahawa “peperangan bertahun-tahun ini menyebabkan pengeluaran Libya berisiko tinggi untuk gangguan yang berlarutan kerana tidak ada tanda-tanda bahawa negara ini akan mengakhiri kemelut tersebut”. – MalaysiaGazette