Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak . foto FAREEZ FADZIL, 11 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum berpuas hati dengan sikap berdiam diri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berhubung isu penjualan ladang-ladang milik Tabung Haji Plantations (THP).

“Ada ke Menteri PH kita begitu kecut dan tidak bertanggungjawab?

“Pendedahan TH Plantations luluskan untuk melupuskan 76.2 peratus jumlah keluasan ladang milik mereka, di mana tiga dari 14 penjualan sudahpun selesai, sudah menjadi satu isu yang begitu tular dan dibaca berjuta orang.

“Isu ini juga melibatkan 9.3 juta pendeposit Tabung Haji.

“Ramai yang komen juga berpendapat bahawa langkah ini adalah satu pengkhianatan kepada semua umat Islam Malaysia.

“Tetapi Menteri yang jaga Tabung Haji dan yang kononnya jaga agama Islam masih tak berani nak nafi atau jelaskan pendedahan ini?” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Najib turut mengepilkan bersama tangkap layar hantaran terdahulu yang menunjukkan 21,200 reaksi dan telah mendapat 5,497 perkongsian.

Sejak awal bulan ini, beliau aktif membuat hantaran di Facebook mempersoalkan tindakan kerajaan PH yang begitu rakus menjual ladang-ladang milik anak syarikat Lembaga Tabung Haji itu.

Menurut beliau, THP di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengalami kerugian.

Setakat ini, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid mahupun pengurusan THP atau Tabung Haji bagi memberi penjelasan mengenai beberapa isu mengenai penjualan tersebut antaranya tindakan syarikat peladangan berkenaan menukar jurunilai dan menurunkan nilai buku anak-anak syarikatnya yang sedang dalam proses penjualan.

“Misalnya, harga buku syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd pada tahun 2017 diturunkan dari RM380 juta dan telah dijual dengan harga RM170 juta atau RM10,500 setiap ekar (24 sen satu kaki persegi).

“Pengeluaran dan pendapatan ladang yang dijual itu semakin meningkat setiap tahun tetapi tiba-tiba telah dijual dengan harga 56% di bawah harga buku semasa harga sawit belum memulih..

“Pembeli amat gembira sekarang memandangkan harga sawit sedang memulih manakala THP mengalami kerugian besar akibat penjualan ini,” kata Najib dalam satu hantaran Facebook sebelum ini.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Biasa la dpt pak menteri x brp cerdik ekonomi.. Yg tau nye nk persalah orang je… Selain dari membela geng sepet.. Rosak la malaysia di baeah PH hancing

  2. Jika betul cerita ini, apa dh jd dgn mp melayu dlm ph, tindakan ini adalah satu pengkhianatan pd umat islam…

Comments are closed.