DAVOS – Coca-Cola akan terus menggunakan botol plastik kerana para pengguna masih mahu ia digunakan.

Pelanggan sukakan botol plastik kerana ia boleh ditutup semula dan ringan, kata Ketua Kemampanan Coca-Cola, Bea Perez.

Firma adalah salah satu pengeluar terbesar sisa plastik berjanji untuk kitar semula seberapa banyak botol plastik yang digunakan pada tahun 2030.

Tetapi aktivis alam sekitar berhujah bahawa banyak botol Coke tidak akan dikutip semula dan bakal berakhir di tapak pelupusan.

Coca-Cola menggunakan tiga juta tan botol plastik setahun bersamaan 200,000 botol seminit.

Pada tahun 2019, ia menjadi jenama yang paling mencemarkan dalam audit sisa plastik global yang dijalankan oleh Break Free From Plastic.

Ketika bercakap di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Perez berkata, firma itu mengakui syarikat itu harus menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

Coke berjanji untuk menggunakan sekurang-kurangnya 50% bahan kitar semula dalam pembungkusannya menjelang 2030 dan bekerjasama dengan NGO seluruh dunia untuk membantu meningkatkan kutipan sisa pepejal.

Tetapi, Coca-Cola tidak boleh menggunakan pembungkusan lain seperti yang dimahukan alam sekitar kerana ia boleh menjejaskan pengguna dan jualan.

Lagipun, pembungkusan menggunakan aluminium dan kaca akan meningkatkan karbon.

“Perniagaan tidak boleh berada dalam perniagaan jika kita tidak mampu memudahkan pengguna.

“Oleh itu, kami akan mengubah infrastruktur pembotolan, bergerak ke dalam kitar semula dan berinovasi, kita juga harus menunjukkan kepada pengguna peluang itu dan mereka akan berubah selari dengan kita,” katanya. – MalaysiaGazette