KUALA LUMPUR- Kumpulan rock British mengumumkan pembukaan perpustakaan dalam talian yang mengumpulkan kesemua hasil seni kumpulan tersebut mengikut kronologi.

“Radiohead.com selalu membuat orang marah, tidak bermaklumat dan sukar dijangka.

“(Tetapi) kami sekarang lebih mudah dijangka dan sangat berinformasi.

“Kami mempersembahkan “Perpustakaan Awam Radiohead,” kata kumpulan yang popular dengan lagu Creep itu  dalam satu ciapan di Twitter.

Menurut Thom Yorke, beliau dan ahli-ahli kumpulan tersebut akan bergilir-gilir menjadi pustakawan pada setiap hari dan menawarkan lawatan bermaklumat ke arkib-arkib lagu mereka menerusi media sosial masing-masing.

Aktiviti tersebut dimulakan pada 20 Januari yang lalu oleh pemain bass, Colin Greenwood.

Dihoskan di radiohead.com, Perpustakaan Awam Radiohead menampilkan bahan-bahan komprehensif dan teratur sekitar penerbitan sembilan album studio kumpulan berkenaan.

Para peminat akan mendapat keistimewaan untuk mengakses muzik video, persembahan siaran langsung televisyen, konsert dan buletin w.a.s.t.e.d serta kerja-kerja seni oleh artis British yang sering bekerjasama dengan Radiohead, Stanley Donwood.-MalaysiaGazette