Wuhan
Larangan perjalanan dikuatkuasakan di Wuhan.

BEIJING – Ibu negara China telah membatalkan semua acara awam utama sambutan Tahun Baharu Cina termasuk dua acara yang membabitkan kuil, kata media milik kerajaan Beijing News, ketika pihak berkuasa cuba menghalang penyebaran wabak virus Koronavirus.

Pengendali keretapi negara itu, China State Railway Group berkata, penumpang boleh memulangkan tiket dan mendapatkan semula wang mereka bermula esok, lapor RTE.

Virus pernafasan itu telah meragut 17 nyawa sejak merebak dari pasar makanan laut dan haiwan di Wuhan, menjangki beratus-ratus orang di seluruh negara dan ia dikesan berada sejauh Amerika Syarikat.

Semalam penduduk Wuhan, bandar pelabuhan utama di tengah wilayah Hubei dengan populasi seramai 11 juta orang, diberitahu agar tidak meninggalkan bandar itu ‘tanpa alasan khas’ dan arahan tersebut disusuli perberhentian pengangkutan.

Perkhidmatan keretapi dan penerbangan keluar Wuhan digantung manakala lebuh raya untuk keluar daripada bandar tersebut ditutup menyebabkan mereka yang terperangkap berasa bimbang dan khuatir.

Bebserapa jam kemudian, pihak berkuasa jirannya, Huanggang mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam dan kereta api akan digantung pada tengah malam manakala orang ramai diberitahu supaya tidak meninggalkan bandar dengan penduduk seramai 7.5 juta orang.

Semua panggung wayang, siber kafe dan pasar di Huanggang akan ditutup. – Agensi