Wuhan
Larangan perjalanan dikuatkuasakan di Wuhan.
KUALA LUMPUR – China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan dan semua 11 juta penduduk tidak dibenarkan keluar berikutan penularan wabak coronavirus di wilayah itu.
Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, subway, feri dihentikan sementara bermula 10 pagi, 23 Januari dan notis tidak menyebut bila perkhidmatan tersebut dibenarkan beroperasi semula.
Wuhan merupakan salah satu daripada empat hub kereta api di China.
Lapangan terbang juga ditutup dan semua penerbangan dari Wuhan dibatalkan. Ramai penumpang terkandas di lapangan terbang. 
Setakat ini, 17 dilaporkan maut di Wuhan akibat virus itu yang kini telah merebak di serata negara dan kes terbaru ialah di Hong Kong.
Seorang lelaki berusia 39 tahun bersama keluarganya baru pulang dari Wuhan dan dimasukkan ke hospital namun empat ahli keluarganya yang lain telah berlepas ke Manila. – Agensi