Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mendapati individu yang disyaki dijangkiti Conovirus wabak jangkitan 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) mendapati keputusan ujian pengesanan virus itu adalah negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kini individu itu beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil.

“Dimaklumkan bahawa keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV yang dijalankan ke atas kes disyaki tersebut oleh pihak IMR (Institut Penyelidikan Perubatan), mengesahkan beliau NEGATIF bagi jangkitan Novel Coronavirus. Gejala yang dialami oleh beliau adalah disebabkan oleh jangkitan influenza A,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyatakan demikian bagi merujuk kepada satu kes baharu dicatatkan di Sabah semalam yang mana keputusan makmal mengenai jangkitan itu masih belum diperolehi sebelum ini.

Sebelum ini, Noor Hisham terdapat empat kes disyaki Conovirus wabak jangkitan 2019-nCoV dicatatkan di dua negeri dan tiga daripada empat kes yang dilaporkan itu adalah negatif. – MalaysiaGazette

Dua negeri catat empat kes disyaki Coronavirus