Ular mungkin punca punca wabak koronavirus di China.-pix hiasan

KUALA LUMPUR- Ular mungkin punca punca wabak koronavirus di China.

Sehingga kini lebih 500 telah dijangkiti dengan 17 kematian dicatatkan.

Penerbitan dalam talian yang membuat liputan terkini kajian virus berkenaan, The Conversation melaporkan, haiwan berbisa itu selalu memburu kelawar dalam hutan dan ia sering dijual di di sebuah pasar makanan laut di Wuhan.

Pasar tersebut menjadi tempat pertama dikesan dengan koronavirus di Wuhan.

Ini meningkatkan kemungkinan virus terbaharu itu berpindah daripada hos asal iaitu kelawar kepada ular dan kemudiannya manusia sebelum menjadi ledakan wabak coronavirus.

Namun begitu, bagaimana sejenis virus boleh hidup pada haiwan berdarah sejuk kepada berdarah panas masih kekal misteri.

Laporan terkini melaporkan virus itu boleh merebak dari manusia ke manusia.

Menurut laporan tersebut, penyebaran virus terbaharu ini juga adalah satu peringatan kepada orang ramai supaya tidak memakan haiwan liar bagi mengelakkan jangkitan zoonotik.

Sebelum ini, wabak Sindrom (SARS) yang pernah berlaku sebelum ini dikaitkan dengan pengambilan daging musang di China sehingga menyebabkan ratusan kematian.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.