Datuk Mahfuz Omar. Sheraton Move party hopping anti-party hopping dewan rakyat parliament
Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – Kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Kedah hari ini nampak mendapat respon Datuk Mahfuz Omar.

Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada mulanya ‘memperli’ Najib.

“La mai Pokok Sena ka? Tak tau pun. Apa pun terima kasihla mai menghibur orang Pokok Sena. Lama dah badut sarkas tak mai main kat Pokok Sena. Terima kasihla Datuk Seri mai, dapat la juga sarkas free.” tulisnya di hantaran Facebook Najib hari ini.

Bagaimanapun Najib dalam sempat memberi respon mengenainya dan memuatnaik tangkap layar balasan Mahfuz itu.

Can I advise you something? Jadi pemimpin kena steady. Saya datang minum pun dah goyang? Teruskanlah main Ultraman,” sindir Najib kepada Mahfuz.

Main Ultraman itu merujuk kepada laporan berita dan gambar Mahfuz ‘bawa’ Ultraman masuk sekolah bagi menarik perhatian murid-murid tahun satu pada hari pertama sesi persekolahan di Alor Setar baru-baru ini.

Sebelum itu, selain Mahfuz pemimpin Parti Amanah lain seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan Najib juga sering ‘sindir menyindir’ menerusi media sosial.- MalaysiaGazette

10 Komen

  1. simahpus tu otaknya dah tak cukup zat…biar je la kat dia…tak lama lg nyanyok la simahpus tu…huhuhu

  2. Tahap pemikiran saorang menteri x saharus nya mcam budak tadika.org pi sana sini pun nak kecoh kementerian sendir x terjaga.oy kan sepengal je apa nak kerja kuat.

  3. Si mahfuz ni pun..bila dah berjawatan dlm kerajaan tu straight to the point ajelah…x yah dok perleceh org lah..sedarlah yg diri anda pun sendiri sentiasa secara x langsung memperlecehkan diri sendiri… Hanya rakyat saja yg tahumemandang dan menilai diri kalian semua….

  4. Klu mapuz ni cakap najib mcm badut , aku tengok gigi mapuz mcm arnab je .. hahahaa jd lah si mapus badut arnab ..

Comments are closed.