KUALA LUMPUR – Sepanjang dua minggu yang lalu, Shopee menyaksikan peningkatan lebih daripada 500% bagi barang-barang penjagaan kesihatan.

Barang-barang itu ialah topeng muka pembedahan, pembersih tangan, cecair dan penyembur disinfektan, tisu basah, gel mandian dan pencuci tangan antibakteria serta vitamin.

Ia susulan kes jangkitan koronavirus yang telah menjejaskan 600 orang dan menyebabkan 17 kematian sehingga ini.

Virus itu telah merebak di luar China termasuk Thailand dan Singapura.

Hal ini, ditambah lagi dengan kes-kes wabak Influenza A (H1N1) dan penyakit tangan, kaki dan mulut di negara ini, telah menyebabkan rakyat Malaysia mengambil pelbagai langkah pencegahan untuk memastikan diri mereka serta ahli keluarga mereka selamat.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, untuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia melindungi diri mereka, Shopee telah memudahkan pencarian produk-produk ini di platform kami melalui halaman Keperluan Anti-
Influenza – https://shopee.com.my/m/anti-influenza-necessities

“Kami harap ini akan membantu memberi ketenangan fikiran kepada rakyat Malaysia terutamanya pada musim perayaan ini,” katanya. – MalaysiaGazette