Caroline Wozniacki bersara dari dunia tenis hari ini secara rasminya selepas tamat perlawanan ;pusingan ketiga Terbuka Australia menyaksika n beliau tewas.

MELBOURNE – Ratu Tenis dunia, Caroline Wozniacki mengakhiri karier tenisnya hari ini selepas tersingkir dalam pusingan ketiga Terbuka Australia.

Bekas nombor satu dunia berusia 29 tahun itu pernah meluahkan hasratnya untuk bersara dari dunia tenis pada November lalu.

Kini menduduki rangking ke-36 dunia, Wozniacki yang berkecimpung sebagai pemain tenis selama 15 tahun akhirnya menutup profesion tersebut secara rasmi hari ini di atas gelanggang tenis selepas tewas 7-5 3-6 7-5 kepada pemain Tunisia Ons Jabeur.

“Saya membawa kenangan manis yang sangat bermakna bersama selepas mengakhiri perlawanan sebentar tadi setelah perjalanan selama 15 tahun sebagai pemain tenis,”katanya.

Sepanjang kariernya, Wozniacki menjulang 30 gelaran WTA dan hadiah wang tunai berjumlah RM27 juta pound setakat ini.

Dia kekal sebagai ratu nombor satu dunia selama 71 minggu termasuk mengukir nama merangkul gelaran Grand Slam.

November lalu pemain itu mendaftarkan diri di sekolah Perniagaan Universiti Harvard dan akan memberi fokus terhadap kehidupan rumah tangga dan keluarga selepas ini.

Pemain Tunisia juga berkongsi keterujaannya kerana berpeluang beraksi bersama Wozniacki sebelum pemain itu mengumumkan persaraan di atas gelanggang di penghujung perlawanan.

“Saya begitu bangga kerana berpeluang beraksi dengannya sebelum beliau bersara tadi.

“Semangat juang beliau yang begitu tinggi sentiasa menjadi inspirasi untuk saya maju ke hadapan dalam dunia tenis.

“Saya pasti akan rindu dia di atas gelanggang selepas ini,” katanya dnegan suara sayu.

Suami Wozniacki serta ahli keluarganya turut hadir semasa dia mengumumkan persaraan di atas gelanggang. – MalaysiaGazette