Wuhan
Larangan perjalanan dikuatkuasakan di Wuhan.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 pelancong dari Wuhan, China yang tiba di Kalibo Aklan, Filipina akan dihantar pulang ke negara asal, bermula hujung minggu ini dan Isnin depan.

Menurut Pengarah Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam, Carmelo Arcilla, dua syarikat penerbangan, Royal Air Charter dan Pan Pasific Airline akan menghantar pulang pelancong terbabit ke Wuhan dalam tiga penerbangan khas.

CNN Filipina melaporkan, ketiga-tiga penerbangan itu juga akan kembali ke Kalibo, Aklan, Filipina tanpa membawa sebarang penumpang.

Sementara itu, Senator Risa Hontiveros berkata, pihak berkuasa Filipina sepatutnya mempertimbangkan larangan perjalanan selama sebulan untuk sesiapa sahaja yang datang dari Wuhan bagi mengelakkan penyebaran penyakit maut itu ke Filipina.

Setakat ini, virus itu telah tersebar ke sembilan negara termasuk Thailand, Jepun, Korea, Hong Kong, Taiwan, Macau, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS), dengan 18 kematian. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tahniah Filipina yg lebih sayangkan rakyatnya daripada duit China…Malaysia juga perlu hantar pulang semua pelancong China yg membahayakan rakyat

  2. Tolonglah wahai kerajaan Malaysia… Sayangilah rakyat anda sendiri drpd lebih kepada ‘menjaga hati satu bangsa tu’….

Comments are closed.