Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menafikan bahawa kes koronavirus (2019-nCov) kini menular di Ipoh, Perak.

Beliau mengulas mengenai penyebaran dakwaan berkenaan yang kini berlegar menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kes yang telah ditularkan di sosial media yang kononnya ada seorang pelajar dari Wuhan kembali ke malaysia dan telah masuk ke Ward di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh telah dikesan 2019-nCov.

“Keputusan ujian daripada makmal IMR mengesahkan negatif untuk 2019-nCov,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini viral satu hantaran di Facebook mendakwa virus itu tersebar di Ipoh dengan memaparkan seorang pesakit dibawa masuk ke hospital.

Jumlah kematian akibat koronavirus setakat ini melonjak kepada 42 daripada 26 sehari sebelumnya.

Lebih daripada 1,300 orang telah dijangkiti di seluruh dunia. – MalaysiaGazette