Razalif Mohd. Zain

GEORGETOWN – Penerbit filem yang juga ahli perniagaan Razalif Mohd Zain hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Bersatu (Armada), pada pemilihan parti itu nanti.

Razalif,30, yang kini merupakan Ketua Cawangan Armada Seaview Park, di George Town, Pulau Pinang berkata, beliau berhasrat untuk bertanding jawatan itu bagi memperbaharui lagi barisan Armada.

“Salah satu sebab saya hendak bertanding jawatan Ketua Armada Nasional adalah kerana kita mengamalkan prinsip demokrasi dan saya juga ingin memperjuangkan nasib dan masa depan Armada,” katanya kepada pemberita selepas menghantar borang pencalonan pemilihan parti itu di George Town hari ini.

Razalif yang turut bertanding bagi jawatan Ketua Armada Bahagian Bukit Bendera berkata, beliau akan memperjuangkan lima teras iaitu agama bangsa dan negara, Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara, kebajikan Armada serta ekonomi Armada, anak muda masa depan negara dan nakhoda bangsa.

Sebelum ini Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu nanti.

Syed Saadiq yang juga Menteri Belia dan Sukan adalah Ahli Parlimen Muar Johor. Bernama

2 Komen

  1. Angan2 tu hebat..tp, selagi atuk ada..either ko go with atuk way or there’s no way!!..kuang2kuang

  2. Jika anda rasa anda berkelayakkan apa salahhya..tp berjuanglah dgn ikhlas bkn sbb nk cari kekayaan..

Comments are closed.