Suhakam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menjalankan siasatan awam ke atas kehilangan paderi Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Panel Siasatan akan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Datuk Seri Hishamuddin Yunus dan dibantu oleh Pesuruhjaya Encik Jerald Joseph dan Dr. Madeline Berma.

Sesi pendengaran akan bermula dari 18 Februari ini di Bilik Inkuiri, Aras 13, pejabat Suhakam.

Suhakam juga menyeru individu-individu yang mempunyai maklumat penting dan berkaitan untuk hadir dan memberikan rakaman keterangan kepada Suhakam bermula dari sekarang sehingga 14 Februari 2020.

Melalui siasatan ini, Suhakam akan menyiasat sepenuhnya apa yang telah terjadi dengan sebaik mungkin bagi mengenalpasti dan membuat syor-syor kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Meskipun siasatan ini dijalankan oleh Suhakam, ia menyeru pihak berkuasa segera menyiasat dengan sepenuhnya semua kes yang mana kehilangan paksa berkemungkinan telah berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast