TAIPEI – Taiwan mengetatkan kemasukan pelancong dari China untuk mencegah penyebaran koronavirus tetapi mengecualikan peraturan itu ke atas pelancong perniagaan dan individu yang berkahwin dan warga Taiwan.

Malah, Taiwan telah menghentikan lawatan kumpulan pelancong dari China dan sekarang mengadakan sekatan ke atas semua penduduk Hubei ke pulau itu.

Kebanyakan warga China tidak dibenarkan memasuki Taiwan buat masa ini.

Ia sudah pun mewujudkan Pusat Epidemik Berpusat dalam menangani penularan koronavirus.

Pelancong perniagaan China dibenarkan masuk, tetapi harus bersetuju untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selama dua minggu selepas kemasukan.

Manakala pasangan dari Hubei perlu dikuarantin di rumah untuk tempoh yang sama, katanya.

Pelajar China yang belajar di Taiwan perlu menangguhkan kembali ke pulau ini selama dua minggu, tambahnya, manakala pelajar dari Hubei tidak boleh pulang sama sekali sehingga notis lanjut dikeluarkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast