Home Nasional Jabatan Kesihatan Pulau Pinang nafi terima kes pertama Koronavirus

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang nafi terima kes pertama Koronavirus

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menafikan penularan berita yang mendakwa Hospital Sebearang Jaya (HSJ) menerima kes pertama bagi 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV).

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Asmayani Khalib menegaskan sehingga kini tidak ada kes melibatkan virus itu di seluruh hospital Pulau Pinang.

Beliau menasihati orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan informasi tidak sahih sebaliknya merujuk terlebih dahulu kepada sumber rasmi Kemeterian Kesihatan di www.moh.gov.my.

Beliau berkata demikian merujuk kepada berita tular yang telah disebarkan menerusi aplikasi whatsapp berkenaan HSJ telah menerima kes pertama nCov melibatkan dua warga China yang dipercayai sebelum ini mengunjungi Thailand.

Dalam pada itu JKNPP menasihatkan orang ramai selain mengutamakan kebersihan juga turut mendapatkan rehat yang cukup selain memastikan sentiasa terhidrat.-MalaysiaGazette