Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan menyegerakan serta-merta peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu seperti yang dimohon oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengimbas-pengimbas suhu ini bagi memastikan kemampuan kakitangan Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti individu yang mempunyai simptom menghidapi virus 2019-nCoV (Novel Coronavirus)
dapat diperkukuhkan lagi di kawasan-kawasan masuk negara.

“Memandangkan permohonan ini berkaitan dengan usaha perlindungan kesihatan awam dan bersifat kritikal, saya telah meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, untuk memberikan kerjasama penuh supaya
peruntukan ini dapat disalurkan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kementerian itu akan memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Kesihatan agar kemampuan agensi kesihatan awam untuk melakukan tugas mereka berada pada tahap yang bertepatan dengan piawaian kesihatan antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast