Ed Woodward

MANCHESTER – Manchester United mengutuk serangan yang dilakukan ke atas kediaman Naib Pengerusi Eksekutifnya, Ed Woodward oleh sekumpulan individu yang dilihat membaling suar dari luar.

Rakaman video yang disiarkan pada laman sosial menunjukkan mereka berkumpul di luar rumah yang terletak di Cheshire sambil mengeluarkan perkataan mengancam Woodward, lapor Reuters.
Media British melaporkan Woodward, 48, dan keluarganya tidak berada di rumah itu ketika kejadian.

United menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris, ketinggalan 33 mata daripada musuh tradisi, Liverpool, dan Woodward menjadi sasaran penyokong yang menyalahkan beliau terhadap kelab yang masih bergelut ketika ini.

Menurut kenyataan United yang disiarkan media British: Malam ini Kelab Bola Sepak Manchester United sedar tentang insiden di luar kediaman salah seorang kakitangan kami.
“Kami tahu dunia bola sepak akan bersatu di belakang kami ketika kami bekerjasama dengan polis Manchester untuk mengenalpasti pelaku serangan ini,”.

“Sesiapa yang didapati bersalah terhadap kesalahan jenayah atau didapati menceroboh hartanah ini akan diharamkan oleh kelab seumur hidup dan mungkin berhadapan dengan pendakwaan. Penyokong yang menyatakan pendapat adalah satu perkara lain, melakukan jenayah kerosakan dan cuba membahayakan nyawa adalah satu perkara lain.

“Tiada alasan untuk ini,”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast