Penerbangan terus yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu bakal menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.
Dilaporkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida dijangka memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.-Gambar hiasan.

BEIJING – Semua penumpang yang menaiki pesawat Malindo Air dari Sabah ke Tianjin dikuarantin sejak Ahad lalu.

Semua 31 penumpang termasuk 16 warga Malaysia dan Bolivia diasingkan di dalam hotel di Dongli, Tianjin, selepas tiga daripadanya dilaporkan demam.

Dongli terletak kira-kira 1,000 kilometer dari Wuhan yang merupakan pusat wabak koronavirus.

China Daily melaporkan seluruh hotel di Dongli ditutup dan 13 doktor dihantar ke sana, kata pegawai kesihatan daerah mereka yang dikuarantin diberi bekalan air, makanan, pembersihan dan keperluan harian.

Pada Sabtu lalu, enam anak kapal Malindo Air dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou dikuarantin selepas seorang penumpang dari wilayah Hubei disyaki terkena jangkitan koronavirus.- MalaysiaGazette