AMSTERDAM – Syarikat penerbangan KLM akan membatakjan semua penerbangan ke China berikutan penularan wabak koronavirus.

Bermula pada hari Jumaat, penerbangan terus ke bandar-bandar Chengdu dan Hangzhou akan digantung, sementara penerbangake Shanghai akan dikurangkan dari 11 hingga 7 setiap minggu.

Perkhidmatan ke Beijing tidak terjejas, kata KLM dalam satu kenyataan.

Langkah-langkah akan dilaksanakan sekurang-kurangnya sehingga 29 Februari ini.

Syarikat penerbangan antarabangsa yang lain termasuk Lufthansa dan British Airways mengumumkan telah menggantung semua penerbangan ke China buat sementara waktu.

Manakala Rusia pula akan mengehadkan perkhidmatan kereta api ke China dari 31 Januari ini kecuali operasi kereta api antara Moscow dan Beijing, menurut Timbalan Perdana Menterinya, Tatiana Golikova pada hari Rabu.

“Di bawah keputusan kecemasan, kami akan menghadkan perkhidmatan keretapi dari tengah malam 31 Januari, iaitu dari hari Khamis hingga Jumaat. Perkhidmata kereta api ke Moscow-Beijing, Beijing-Moscow diteruskan, “kata Golikova.

Terdahulu pada hari Rabu, Presiden Vladimir Putin berkata, kerajaan dan pengawas hak pengguna Rusia akan melakukan segala kemungkinan untuk bersedia terhadap perkembangan yang tidak dijangka. – MalaysiaGazette