Suasana di Pusat Pemantauan Saringan suhu badan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 27 JANUARI 2020

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan berharap akan dapat meletakkan alat pegimbas haba mengesan koronavirus di semua 61 pintu masuk antarabangsa.

Menurut Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ia termasuklah menambah beberapa pengimbas di pintu masuk yang mengalami kekurangan alat tersebut, iaitu sempadan Thailand.

“Ya memang kita rancang untuk memastikan bukan sahaja sempadan malah semua pintu masuk. Sekarang kita ada 61 pintu masuk antarabangsa,”katanya dalam sidang media perkembangan terkini koronavirus yang kini menyaksikan lapan pesakit kesemuanya warga China disahkan positif di Malaysia.

Sehingga kini alat pengimbas haba diletakkan di 54 pintu masuk antarabangsa bagi mengesan wabak itu dalam kalangan warganegara China yang masuk ke Malaysia.

Kementerian Kesihatan selepas menerima peruntukan daripada Kementerian Kewangan ujarnya lagi akan menambah 25 lagi unit alat pengimbas haba unuk diletakkan di pintu-pintu masuk antarabangsa.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast