Djokovic (kiri) mara ke final Terbuka Australia selepas menundukkan pesaing terkuatnya Roger Federer dalam aksi separuh akhir petang hari ini.

MELBOURNE – Tinggal selangkah sahaja lagi untuk Novak Djokovic mempertahankan gelaran Tenis Terbuka Australia kali ini.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung petang hari ini di Melbourne Park, bintang Serbia yang menjadi pujaan peminat tenis dunia itu menang straight set ke atas Roger Federer.

Federer yang dilanda kecederaan di atas gelanggang serba sedikit terganggu dengan masalah itu sehingga hilang fokus sepanjang perlawanan.

Walaupun mengejar rapat setiap mata dengan Djokovic, pemenang 20 kali gelaran Grand Slam itu ternyata gagal bersaing dengan aksi bertenaga yangb dipamerkan Djokovic kali ini.

Djokovic menang dengan keputusan 7-6 (7-1)6-4 6-3.

Di set pembukaan Djokovic ketinggalan 4-1 dan 40-0 pukulan servis sebelum berjaya bangkit menang 7-6 memihak kepadanya.

Impian Federer dari Sepanyol yang mengejar misi gelaran Grand Slam ke-21 menerusi Terbuka Australia kali ini berakhir setakat kekalahan di separuh akhir.

Manakala Djokovic yang meneruskan misi gelaran Grand Slam ke-17 kariernya akan berdepan Dominic Thiem atau Alexander Zverev pada final Ahad ini.

Theim semalam berjaya menundukkan seorang lagi jaguh Tenis yang mendominasi dunia selama ini iaitu Rafael Nadal dalam satu lagi aksi suku akhir semalam dan akan beraksi dalam separuh akhir esok untuk menentukan aksi final Ahad ini.

“Dia memulakan set pertama dengan baik, dan saya pula agak takut ketika berdepan dia.

“Saya hormati Roger yang beraksi malam ini, tapi sedihnya dia tercedera dan tidak dapat beraksi pada tahap terbaiknya seperti sebelum ini,” kata Djokovic selepas menewaskan Federer.

Kemenangan Ahad ini di aksi final bakal menyaksikan Djokovic merangkul gelaran kelapan Terbuka Australia dalam kariernya. – MalaysiaGazette