Dominic Thiem

MELBOURNE – Misi Rafael Nadal  ke arah gelaran Grand Slam ke 21 kariernya kali ini terkubur selepas gagal mara ke separuh akhir Tenis Terbuka Australia.

Pemain Austria rangking nombor lima dunia Dominic Thiem menewaskan bintang Sepanyol tersohor dunia itu dengan aksi bertenaga dalam empat set dramatik di suku akhir semalam.

Thiem menang 7-6(7-3)7-6(7-4)4-6 7-6(8-6) ke atas Nadal di Melbourne Park semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu pernah ditewaskan Nadal dalam dua aksi final Terbuka Perancis dan berjaya membalas dendam dalam temasya Australia kali ini dalam pertarungan selama 4 jam 10 minit.

Thiem akan berdepan pemain Jerman Alexander Zverev di separuh akhir nanti.

Manakala andai kata menang Thiem akan bertemu juara bertahan Novak Djokovic atau Roger Federer di aksi final Ahad ini.

Aksi separuh akhir antara Djokovic dan Federer akan berlangsung hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast