Seramai 14 warga negara China dari ibu kota Wuhan, Wilayah Hubei yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 28 Jan lalu sudah dihantar pulang serta merta pada hari yang sama.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selaras dengan keputusan kerajaan yang menyekat dan melarang sementara kemasukan warga Wuhan, Hubei ke dalam negara ini ekoran penularan Koronavirus yang mula membimbangkan beberapa buah negara serantau termasuk Malaysia Januari ini.

“Semalam dilaporkan 28 Jan, ada 14 warga China datang dari Wuhan mendarat di KLIA, tetapi kita telah keluarkan arahan tak boleh mendarat dan dihatar pulang.

“Selepas atrahan dikeluarkan larangan dari Wuhan, Hubei sejak kelmarin, Imigresen telah dan akan semak pasport darimana asalnya mereka..itu cara kita semak.

“Kalau yang datang dari provinsi (wilayah) lain itu soal kedua, kita fokus (mereka) asal mana? kalau asal warga Wuhan atau Hubei, Imigresen terima arahan kami (kerajaan) tak benarkan mereka mendarat di sini. so mereka dihantar pulang.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast